SYARAT MENJADI ANGGOTA
SYARAT MENJADI ANGGOTA
MANFAAT ANGGOTA
KOPERASI TANJONG KERAMATMALAYSIA BERHAD
Bantuan ke
IPTA / IPTS
Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad akan menyediakan bantuan bagi mereka yang layak ke IPTA / IPTS.
Dengan manfaat pembayaran secara one-off:
DIPLOMA : RM500.00
IJAZAH : RM750.00
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Ganjaran Kecemerlangan Pelajar
Sebagai tanda penghargaan kepada anggota KoopTK, koperasi menyediakan ganjaran kepada anggota koperasi dan waris yang mendapat pendidikan cemerlang melalui Skim Ganjaran Kecemerlangan Pelajar.
Kategori yang layak untuk mendapat ganjaran ini ialah:
STPM (4A) – RM750.00
SPM (8A) – RM500.00
PT3 (7A) – RM350.00
UPSR (5A) – RM250
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bantuan Tuntutan Khairat Kematian
Tabung Khairat Kematian in khas kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.
Manfaat sebanyak RM500.00
Maklumat Lanjut:
- Seseorang anggota yang telah membayar saham dan yuran keanggotaan serta telah didahkan keanggotaan.
- Tiap-tiap anggota berhak mendapat satu jenis bantuan sahaja dan ianya berdasarkan yang mana lebih tinggi nilainya.
- Tuntutan perlu dibuat pada tahun yang sama berlaku kematian.
- ANGGOTA BERKAHWIN : HANYA pasangan / anak dibenarkan menuntut- ANGGOTA BELUM BERKAHWIN : HANYA ibu/bapa kandung dibenarkan menuntut.
- Dokumenlain diperlukan adalah Sijil Kematian, Sijil.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Manfaat Menjadi Anggota
Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad (KoopTK) adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan pada 28hb Ogos 2009 di Kota Kinabalu, Sabah. Koperasi ini pada dasarnya berasaskan kepada penyertaan anggota-anggota melalui kemasukan syer bagi membantu meningkatkan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi. Keanggotaan KoopTK adalah terbuka kepada individu berkelayakan dengan fi masuk dikenakan sebanyak RM10.00 dan langganan saham minima ialah RM100.00.
Antara syarat-syarat menjadi anggota adalah seperti berikut:
- Orang awam.
- Umur 18 Tahun ke atas.
- Bukan seorang yang bankrap.
- Tidak hilang upaya dari segi mental.
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
- Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Berhenti Menjadi Ahli Anggota
Untuk berhenti menjadi anggota koperasi, perlulah menghantar surat berhenti anggota ke emel khidmat_anggota@kooptk.com. Seterusnya, permohonan anda akan dibawa ke mesyuarat lembaga koperasi untuk kelulusan.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.