Loading

Latar Belakang Koperasi

KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD

LATAR BELAKANG KOPERASI

Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad (KOOPTK) didaftarkan pada 28hb Ogos 2009 dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan nombor pendaftaran S-4-0884. Koperasi diterajui oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Hj Yahya bin Hussin, Pengerusi KoopTK bersama-sama enam (6) anggota lembaga koperasi dengan matlamat untuk membantu meningkatkan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi.

Koperasi ini didaftarkan di Kota Kinabalu dengan nama Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad sebelum menukar nama kepada Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad. Koperasi pada awal hanya di anggotai oleh 50 orang ahli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah. Namun kita keahlian koperasi adalah hampir 30,000 orang ahli dan menjadikan KoopTK sebagai koperasi ke-3 terbesar di Sabah.

VISI

Peneraju Pembangunan Ekonomi Ahli Melalui Inovasi Perniagaan Ke arah Masa Depan
yang Lebih Terjamin

MISI

Meningkatkan perniagaan koperasi dengan menyediakan sokongan berterusan serta
manfaat kepada ahli koperas

LOGO KOPERASI

 Logo KoopTK mempunyai makna tertentu bagi melambangkan prinsip utama dalam koperasi. Logo ini akan digunakan pada kepala surat, dokumen, perjanjian, iklan, poster dan barangan bercetak yang lain, selain membawa imej Koperasi agar mudah dikenalpasti.

Definisi Bentuk & Warna Logo Koperasi :

Bentuk bulat pada logo membawa maksud perpaduan yang kukuh serta komited dalam kalangan anggota yang menitikberatkan semangat bekerjasama dan berpasukan tanpa mengambilkira perbezaan agama dan bangsa.

Warna BIRU melambangkan kerjasama anggota dalam memajukan koperasi
Warna HIJAU melambangkan keharmonian
Warna EMAS pada huruf TK ialah Tanjong Keramat yang menjaga kebajikan anggota
Warna PUTIH melambangkan keikhlasa

Kesimpulan :

Logo merupakan salah satu elemen penting di dalam sesebuah organisasi. Setiap simbol, bentuk dan warna mempunyai pengertian
yang tersendiri. Penggunaan logo rasmi semasa Tanjong Keramat perlulah mengikut ketetapan warna dan saiz yang dinyatakan
pada setiap dokumen rasmi Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad.