Pengerusi
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD
YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Bin Hussin
YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Bin Hussin merupakan seorang Lulusan daripada LLB (Hons) UK – Barrister At Law Lincoln’s Inn London. Beliau mempunyai pengalaman luas sejak tahun 1972 dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Sehingga kini, beliau telah banyak menyumbang jasa dan bakti di Negeri Sabah dan merupakan seorang individu yang sangat disegani oleh rakyat di Sabah.
Beliau merupakan salah seorang pengasas Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad dimana beliau telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan bantuan kepada koperasi dan bukan anggota. Sehingga ke hari ini, koperasi ini merupakan koperasi terbaik di Sabah dan merupakan antara 100 Koperasi Terbaik di Malaysia. Beliau kini menyandang jawatan Yang diPertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).