Pengenalan
Ditubuhkan pada Ogos 2009. Anggota permulaan terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah. Diketuai oleh Y. Bhg. Datuk Seri Panglima Hj Yahya Bin Hussin. Terdiri daripada 6 Anggota Lembaga. Terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia. Bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi anggota mengikut prinsip koperasi.
Seperti semua koperasi berdaftar yang lain, KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD dikawal selia oleh Kerajaan Malaysia. Koperasi ini terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan setiap tahun dikehendaki menyerahkan akaun yang telah di audit kepada SKM untuk penelitian mereka. Semua minit mesyuarat Lembaga juga dikemukakan kepada SKM untuk maklumat mereka.