Selamat Datang ke Laman Sesawang KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD
Profil Koperasi
Perihal Koperasi
  KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD telah didaftarkan sebagai sebuah Koperasi dengan rasminya pada Ogos 2009. Koperasi ini pada awal penubuhannya mempunyai 50 ahli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah dan diketuai oleh Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah binti Md Yunin.
Ketua Pegawai Kewangan Andy Steve Ronny C.A[M], Asean CPA, MMIM
Ketua Pegawai Operasi Azlam B Abdulah
Perihal Koperasi
Bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi anggota, KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD telah didaftarkan sebagai sebuah Koperasi dengan rasminya pada Ogos 2009. Koperasi ini pada awal penubuhannya mempunyai 50 ahli yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, pelajar dan suri rumah dan diketuai oleh Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah binti Md Yunin.
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD percaya kepada nilai etika kejujuran, keterbukaan, tanggungjawab sosial dan mengambil berat kepada orang lain dan masyarakat. Koperasi bertujuan untuk menyediakan dan membantu ahli-ahlinya dalam meningkatkan kekayaan dan ekonomi peribadi mereka.
Koperasi Tanjong Keramat juga dimiliki oleh ahli-ahlinya, di mana keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pengurusan dan aktiviti harian dilaksanakan oleh Lembaga Pengarahnya yang terdiri daripada 9 orang ahli, yang dipilih oleh anggotanya semasa Mesyuarat Agung Tahunan, yang diadakan setiap tahun. Seperti semua koperasi berdaftar yang lain, KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD dikawal selia oleh Kerajaan Malaysia. Koperasi ini terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan setiap tahun dikehendaki menyerahkan akaun yang telah di audit kepada SKM untuk penelitian mereka. Semua minit mesyuarat Lembaga juga dikemukakan kepada SKM untuk maklumat mereka.
KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD adalah koperasi ke-3 terbesar di Sabah dengan ahli-ahli terkumpul 25,233 dari seluruh Malaysia.
Anak Syarikat Koperasi
Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah anak syarikat (subsidiary) Koperasi ini dan telah berdaftar dengan Surhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Nombor pendaftaran Keramat Kinabalu Travel & Tours adalah 1090023X dengan tarikh pendaftaran 21 April 2014. Keramat Kinabalu Travel & Tours juga telah memperolehi lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), syarikat ini telah diberi kebenaran oleh Koperasi Tanjong Keramat Kinabalu Bhd untuk ditempatkan di pejabat beralamat:
Lot 13-G, Block C, Royal Plaza Putatan,
Jalan Putatan, KM 11.2 Putatan,
88200 Putatan, Sabah
Rasional Logo Koperasi
NAMA DALAM BAHASA MELAYU : KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD
NAMA DALAM BAHASA INGGERIS : TANJONG KERAMAT MALAYSIA CO-OP BERHAD
Perkataan logo ialah singkatan bagi perkataan ‘Logogram’. Logo merupakan suatu yang nyata sebagai pengenalan kepada organisasi, seperti menunjukkan identiti dalam bentuk visual untuk mengambarkan organisasi. Ianya berfungsi sebagai tanda pengenalan bagi syarikat, pertubuhan, kelab, persatuan, perkhidmatan dan lain-lain. Logo Tanjong Keramat Kota Kinabalu BERHAD mempunyai makna tertentu bagi melambangkan organisasi tersebut. Logo ini akan digunakan pada kepala surat, dokumen, perjanjian, iklan, poster dan barangan bercetak yang lain, selain membawa imej Koperasi agar mudah dikenalpasti.
Definisi Bentuk & Warna Logo Koperasi :
Bentuk bulat pada logo membawa maksud perpaduan yang kukuh serta komited dalam kalangan anggota yang menitikberatkan semangat bekerjasama dan berpasukan tanpa mengambilkira perbezaan agama dan bangsa.
Warna BIRU melambangkan kerjasama anggota dalam memajukan koperasi
Warna HIJAU melambangkan keharmonian
Warna EMAS pada huruf TK iaitu Tanjong Keramat menjaga kebajikan anggota
Warna Putih melambangkan keikhlasan
Kesimpulan :
Logo merupakan salah satu elemen penting di dalam sesebuah organisasi. Setiap simbol, bentuk dan warna mempunyai pengertian yang tersendiri. Penggunaan logo rasmi semasa Tanjong Keramat perlulah mengikut ketetapan warna dan saiz yang dinyatakan pada setiap dokumen rasmi Tanjong Keramat Kota Kinabalu BERHAD.
Produk Koperasi
Pembiayaan Kewangan
Terbuka untuk kakitangan kerajaan negeri / badan berkanun yang ada potongan BPA (Angkasa). Potongan melalui BPA ( Angkasa )
Opsyen bersara sehingga 60 tahun & Perlindungan Insurans Takaful
Ar-Rahn
Pajak gadai Islam tunai segera. Tulus dan patuh syariah yang pertama di Malaysia
Harga gadaian yang tinggi sehingga 80% dari nilai marhun dan juga upah simpah yang rendah dan berpatutan
Medicare
Program Manfaat Penjagaan dan Perlindungan Kesihatan, Kemalangan dan Hayat “Sayangi Hidupku Medicare”
Program ini juga terbuka kepada golongan B40 untuk mendaftar mengikut kemampuan masing-masing
Travel & Tours
Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah perkhidmatan swasta yang menyediakan perkhidmatan pelancongan dan pelancongan yang berkaitan kepada orang awam bagi pihak pembekal seperti aktiviti, pakej pelancongan, sewa kereta dan banyak lagi.
e-Dagang MYSINBAD
PORTAL e-Dagang koperasi pertama negara MYSINBAD memberikan manfaat kepada lebih 14,000 koperasi di seluruh negara.
Kewujudan kemudahan ini sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup sejajar dengan hasrat kerajaan terutama membantu golongan B40
* Tulus dan patuh syariah yang pertama di Malaysia
* Harga gadaian yang tinggi
* Pembiayaan tunai segera sehingga 80% dari nilai marhun
* Mutu emas yang diterima adalah dari mutu 999, 916, 900, 835 dan 750
* Juga menerima GOLD BAR, PUMP SUISSE dan DINAR
* Transaksi yang cepat, mudah dan selamat
* Tiada had tempoh simpanan, pelanggan hanya dikehendaki untuk membayar upah simpan untuk 6 bulan pertama, begitu juga untuk lanjutan tempoh selanjutnya
* Upah simpah yang rendah dan berpatutan
* Bayaran ansuran diterima
* Perlindungan takaful sepenuhnya
* CCRIS dan CTOS layak membuat gadaian
* Tiada CAJ SST dikenakan
* BUKAN WARGANEGARA layak membuat gadaian
* Kakitangan yang mesra pelanggan serta PETI SIMPANAN YANG DIJAMIN SELAMAT
MISI
• Menggalakkan pembiayaan mikro kredit melalui Pajak Gadai Islam
VISI
• Pelopor pembiayaan mikro kredit berdasarkan syariah
MOTO
• Adil, Telus, Mudah
HUBUNGI KAMI
Aktiviti Koperasi
Hari Raya Aidil Adha
10 Ogos 2019
- Aktiviti sepanjang sambutan Hari Raya Aidil Adha
- Penyerahan sumbangan sempena Hari Raya Aidil Adha di Masjid Jamek, Putatan
Majlis Pelancaran Program Perlindungan & Penjagaan Kesihatan “SAYANGI HIDUPKU MEDICARE”.
23 Julai 2019
- Dirasmikan oleh : Datuk Nordin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Majlis pelancaran & sesi pertukaran perjanjian perkhidmatan kutipan & pemulihan kredit ANGKASA
18 Jun 2019 - 19 Jun 2019
- Watikah Perlantikan Koperasi sebagai Panel Pembiaya Portal MyAzZahra
Laporan Aktiviti Ramadhan
1 Jun 2019
- Sembang Santai Gerakan Koperasi Negeri Kelantan & Iftar Ramadan
- Pengisian majlis ‘penyerahan zakat dari Koperasi Tanjong Keramat kepada 200 orang asnaf.
24 Mei 2019
- Pengerusi dan ALK mengadakan Tadarus Al-Quran di adakan dikediaman rasmi Pengerusi Koperasi
19 Mei 2019
- Sumbangan moreh di Masjid Serigai, Ketiau
19 April 2019
- Kenduri kesyukuran sempena menyambut bulan Ramadan 1440H/ 2019M pada 19 April 2019, di kediaman rasmi Pengerusi Koperasi
SUMBANGAN KEPADA MADRASAH / MAAHAD TAHFIZ / SURAU DAN RUMAH ANAK YATIM & ASNAF SEPANJANG BULAN RAMADAN 1440H / 2019M
- Seperti tahun-tahun yang sudah walaupun koperasi sibuk dengan operasi harian namun bulan Ramadan pada tahun ini koperasi masih meneruskan menghantar sumbangan kepada ke tempat-tempat yang terpilih.
- Rombongan penyerahan sumbangan diketuai oleh Encik Burhanuddin Bin Yahya, Timbalan Pengerusi.
Jemputan Hi-Tea Bersama Bank Rakyat 23 April 2019
Majlis Penerimaan Sijil Koperasi Kluster Besar Negeri Sabah Tahun 2019
7 April 2019
- KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD diwakili oleh Encik Burhanuddin Bin Yahya, Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Puan Suli Koid Chin Lin, Ketua Pegawai Eksekutif
Laporan Aktiviti Bergambar
9/1/2019
- Mesyuarat bersama Koperasi FELCRA
22/1/2019
- Penyerahan derma ikhlas daripada koperasi kepada mangsa kebakaran di Kg. Pasir Putih, Putatan
- Sumbangan disampaikan oleh Encik Burhanuddin Bin Yahya, Timbalan Pengerusi
15/2/2019
- Sumbangan tunai RM5000 kepada mangsa kebakaran “Tahfiz Tarbiyatun Nisa, Kampung Dungun, 89200, Tuaran Sabah
Laporan aktiviti kebajikan bln ramadan
6 Jun 2018
- RUMAH ANAK YATIM AS SAKINAH, SABINDO KINARUT
- Penyerahan zakat sebanyak RM5,000 disampaikan oleh Encik Burhanuddin Bin Yahya, Timbalan Pengerusi Eksekutif kepada Tuan Haji Nasaruddin.
7 Jun 2018
- RUMAH ANAK YATIM & ASNAF, KOTA BELUD (DARUL BAKTI)
- Penyerahan zakat sebanyak RM5,000 disampaikan oleh Encik Burhanuddin Bin Yahya, Timbalan Pengerusi Eksekutif kepada Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak, Pengerusi Darul Bakti
8 Jun 2018
- RUMAH ANAK YATIM & ASNAF, RANAU
- Penyerahan zakat sebanyak RM5,000 disampaikan oleh Encik Burhanuddin Bin Yahya, Timbalan Pengerusi Eksekutif dan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim & asnaf
Laporan bergambar jemputan & acara
12 Julai 2018
- Majlis Apresiasi Pasca-HKN & Ramah Mesra Aidilfitri Gerakan Koperasi Negeri Sabah 2018 pada 12 Julai 2018 bersamaan 28 Syawal 1430H. Koperasi diwakili oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif, Encik Burhanuddin Bin Yahya Bersama Ketua Eksekutif Operasi, Encik Andy Steve Ronny
12 Julai 2018
- Kunjungan dari wakil Bank Rakyat Ibu Pejabat Kuala Lumpur ke di Ibu Pejabat koperasi
24 Julai 2018
- Pembentangan Kertas Kerja Hotel Bajet Kampung Air oleh Ar James Wong KP (JWA Design & Build Sdn Bhd) Bersama KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD yang diketuai oleh Puan Suli Koid Chin Lin (Ketua Pegawai Eksekutif) Encik Andy Steve Ronny, CA(M) (Ketua Eksekutif Operasi) dan Puan Afsal Nisah (Eksekutif Operasi Keramat Kinabalu Travel & Tours Sdn Bhd).Turut hadir wakil dari Laurel Cap
Laporan Biro Sukan
17 Ogos 2018
- Rombongan TEAM RAFAELZ bergambar kenangan Bersama Encik Andy Steve Ronny, CA(M), Pengurus Besar Koperasi sebelum bertolak ke Brunei Darusalam, mewakili Sabah ke “CYBER GAMESTOURNAMENT 2018”
- Rombongan diketuai oleh Encik Burhanuddin Bin Yahya, Timbalan Pengerusi Eksekutif Koperasi
08 November 2018
- Tanjong Keramat United, menyertai pertandingan bola sepak 9 sebelah di Phuket Thailand.
Laporan CSR di kelantan
Ramadhan 2018
- KOPERASI TANJONG KERAMAT MALAYSIA BERHAD dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, telah mengadakan program CSR dan Iftar Ramadhan di Negeri Kelantan.
- Majlis diisi dengan majlis berbuka puasa bersama golongan asnaf dan penyerahan keperluan asas kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Anak-Anak Yatim. Juga penyerahan zakat sebanyak RM5,000. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi, Puan Suli Koid Chin Lin.
laporan penyerahan zakat ke maahad tahfiz 2018
6 Jun 2018
- Maahad Tahfiz Darul Aminah
- Maahad Tahfiz Darul Aminah merupakan Maahad Tahfiz untuk remaja perempuan, Lokasi di Kg. Ganang, Jalan Sodomon, Petagas, Bangunan Maahad Tahfiz ini adalah wakaf daripada Encik Jefrey iaitu Ayahanda kepada Ustazah Nurul yang mana penjaga dan juga merupakan Ustazah di Maahad Tahfiz berkenaan, Darul Aminah setakat ini mempunyai pelajar seramai 10 orang
6 Jun 2018
- Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (MAWIS)
- Terletak di Taman Sempelang Tanjung Aru, Madrasah ini menempatkan kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun sahaja dan tinggal di asrama berkenaan, dibawah seliaan Puan Hajah Hasnah. Setakat ini jumlah pelajar cilik MAWIS seramai 18 orang (Lelaki dan perempuan)
laporan sumbangan moreh 2018
Senarai masjid-masjid dan tarikh penyerahan sumbangan moreh
- Ramadhan pada tahun ini walaupun Koperasi terlalu sibuk urusan operasi dan pentadbiran namun koperasi sempat menghantar sumbangan moreh ke Masjid-Masjid sekitar Daerah Putatan.
- Sumbangan telah dihantar oleh beberapa orang kakitangan yang diketuai oleh Encik Andy Steve Rony.